Publications

PEMAKLUMAN: CONVERSION BAGI PROGRAM SARJANA MUDA PENGKOMPUTERAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNTUK MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEOUL ACCORD

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sebagaimana semua Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) sedia maklum, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) merupakan penandatangan Seoul Accord iaitu perjanjian di peringkat antarabangsa untuk memastikan graduan dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat mempunyai kesetaraan dalam aspek kompetensi dan kualiti. Pada masa ini, terdapat 19 program yang telah menerima pengiktirafan Seoul Accord melalui MBOT.

3. Bagi memberi peluang kepada program-program lain untuk menerima pengiktirafan Seoul Accord, MBOT telah memperkenalkan inisiatif conversion bagi program-program yang belum mendapat akreditasi MBOT dan pengiktirafan Seoul Accord. Inisiatif ini juga selaras dengan polisi MBOT iaitu mulai tahun 2027, hanya graduan daripada program pengkomputeran dan teknologi maklumat yang diakreditasi oleh MBOT serta diiktiraf Seoul Accord sahaja layak berdaftar sebagai Teknologis Berijazah dan Teknologis Profesional (Ts.) dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (IT), Teknologi Keselamatan Siber (CS) dan Teknologi Senireka dan Kreatif (AM).

4. Selaras dengan inisiatif ini, proses penilaian telah dipermudah dengan hanya melibatkan 12 item penilaian (Lampiran 1), seorang panel penilai MBOT dan penilaian secara fizikal dalam satu (1) hari sahaja. Bagi menggalakkan PPT memperoleh pengiktirafan ini, MBOT akan memulangkan RM5,000.00 sebagai rebat fi penilaian daripada fi asal berjumlah RM10,000.00 yang telah dibayar kepada MQA.

5. Bagi tujuan tersebut, PPT hendaklah mengemukakan permohonan beserta bayaran fi penilaian conversion kepada MBOT melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bersama-sama ini dilampirkan Guideline on Conversion of Bachelor's Degree in Computing and IT-Related Programmes to Seoul Accord Recognition serta Bachelor's Degree in Computing and IT-Related Programmes Conversion Recognition Form untuk rujukan lanjut. Dokumen-dokumen tersebut juga boleh diakses dan dimuat turun melalui laman sesawang MBOT di www.ttasmbot.org.my.

6. Justeru, MBOT mempelawa PPT untuk mengemukakan permohonan conversion bagi program sarjana muda pengkomputeran dan teknologi maklumat untuk pengiktirafan Seoul Accord. Tempoh pelaksanaan inisiatif conversion ini adalah bermula pada 1 Julai 2026 hingga 31 Disember 2027. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan inisiatif ini boleh diajukan kepada sekretariat melalui talian 03-8861 9074 atau emel di ttas@mbot.org.my.

Sekian.

 

Posted by Administrator, On Jun 30, 2026

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

Block Z1-08-11, 2 Presint 1
Menara Ochre @ Alamanda
Jalan Alamanda
62000 W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8861 9075 / 9074 / 9077

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my