Archive

PEMAKLUMAN: PINDAAN KADAR BAYARAN PERJALANAN DENGAN KENDERAAN SENDIRI BAGI AHLI PANEL PENILAI AKREDITASI DAN SEKRETARIAT

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Seperti semua sedia maklum, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) melalui surat bertarikh 13 Oktober 2025 serta No. Rujukan MBOT.600-2/3/1 JLD.3 (7) telah memaklumkan berkenaan kos perjalanan panel penilai akreditasi dan sekretariat MBOT bagi semua jenis penilaian akreditasi yang dilaksanakan secara fizikal ditanggung sepenuhnya oleh pemberi pendidikan tinggi (PPT). Selaras dengan penambahbaikan Kadar Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) oleh Kementerian Kewangan melalui Pekeliling Perbendaharaan WP1.4: Kemudahan Bertugas Rasmi dan Berkursus bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkuat kuasa mulai 20 April 2026, kadar tuntutan kos perjalanan bagi penilaian akreditasi turut diselaraskan.

3. Sehubungan dengan itu, PPT adalah dimohon untuk mengambil maklum dan merujuk berkenaan pindaan kadar bayaran perjalanan tersebut seperti jadual di bawah:

Jarak Jumlah
500 KM pertama RM1.00/KM
501 KM dan selebihnya RM0.90/KM
Tol Kadar sebenar
Pengangkutan Lain Kadar sebenar


4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi YM. Raja Syariz Zafian bin Raja Sulaiman di talian 03-8861 9077 atau melalui e-mel: r.syariz@mbot.org.my/

Sekian, terima kasih.

Posted by Administrator, On Dec 10, 2025

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

Block Z1-08-11, 2 Presint 1
Menara Ochre @ Alamanda
Jalan Alamanda
62000 W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8861 9075 / 9074 / 9077

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my